Pages

Activities Notes

Activities Notes :
STATUS : LATEST / CURRENT Activities | Title : Activity @ SEDIM 08102011 | Masa & Tarikh : 11:00AM 8 Oktober. | Tempat : Lata Air Deras Sedim, Kedah Darul Aman. | Aktiviti : Berbentuk Perkelahan, BBQ ..  More Info ...

Oct 3, 2011

~ Walimatul Urus ~ Muhammad Al Khaththab & Julia


Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi | 04102011
Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh,

Alhamdulillah, kami masih berupaya dan berkesempatan untuk melihat keagungan ciptaan Allah ini lagi. Syukur juga ke hadrat-Nya, kami ditemukan jodoh dan ditakdirkan untuk mengikat ikatan rumah tangga bersama. Walaupun dalam pertemuan dan perkenalan yang singkat ini, Allah telah membuka hati kami untuk membawa hubungan ini kepada satu jalinan yang lebih bermakna.
Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami berdua akan bernikah pada hari Jumaat, 14 Oktober 2011 dan majlis persandingan kedua-dua belah pihak akan diadakan pada hari Sabtu, 15 Oktober 2011 bertempat di Anjung Budi USM, Pulau Pinang.
Kami ingin memanjangkan jemputan majlis kecil ini kepada kalian semua dan kami mengharapkan kalian semua mendoakan agar semua yang kami rancang ini diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
Akhir kata mohon agar semua dapat mendoakan kebahagiaan, kemurahan rezeki serta dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Diharap juga semua dapat memaafkan segala kesalahan kami yang disengaja atau tidak disengajakan dan menghalalkan segala makan, minum kami. Sesungguhnya, yang baik itu semuanya datang daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu daripada kami sendiri.

Warmest Regards
Muhammad Al Khaththab Bin Halim Azizi &
Julia Mat Hadiah